Terma Perkhidmatan
Terma ini mengawal penggunaan SovereignFlow (app.sovereignflow.my), pembantu AI WhatsApp dan papan pemuka untuk bisnes. Dengan mendaftar atau menggunakan perkhidmatan, anda bersetuju dengan terma ini. English version below.
1. Perkhidmatan
SovereignFlow menyediakan pembantu AI yang menjawab mesej WhatsApp customer bisnes anda berdasarkan maklumat yang anda berikan, mencatat lead, menghantar notifikasi kepada anda, dan papan pemuka untuk melihat perbualan dan data. Perkhidmatan menggunakan WhatsApp Business Platform (Cloud API) milik Meta Platforms, Inc.
2. Akaun dan trial
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan berhak mewakili bisnes yang didaftarkan.
- Trial percuma 14 hari. Tiada caj sepanjang trial. Selepas trial, bot berhenti menjawab sehingga anda memilih untuk teruskan dan membuat bayaran.
- Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda.
3. Yuran dan bayaran
- Yuran bulanan ikut plan yang dipilih seperti tertera di halaman Plan. Yuran setup sekali (jika ada) hanya dikenakan jika anda teruskan selepas trial.
- Tiada kontrak jangka panjang. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa. Langganan berhenti pada hujung bulan yang telah dibayar. Bayaran yang telah dibuat tidak dipulangkan, kecuali diwajibkan oleh undang-undang.
- Setiap plan ada kuota balasan bot bulanan. Bila kuota habis, bot berhenti menjawab sehingga bulan baru atau plan dinaik taraf.
- Caj mesej yang dikenakan oleh Meta (jika ada, contohnya mesej templat di luar tempoh layanan 24 jam) adalah berasingan dan akan dimaklumkan sebelum dikenakan.
4. Tanggungjawab anda
- Mematuhi Dasar Perniagaan WhatsApp dan undang-undang Malaysia, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
- Hanya menghubungi customer yang telah menghubungi anda atau memberi kebenaran.
- Memastikan maklumat bisnes, harga dan jawapan yang anda berikan kepada bot adalah tepat. Bot menjawab berdasarkan maklumat tersebut.
- Tidak menggunakan perkhidmatan untuk spam, penipuan, kandungan haram, atau apa-apa yang melanggar hak orang lain.
5. Had AI
Jawapan AI boleh tersilap. Bot direka untuk menyerahkan perbualan kepada anda bila soalan di luar maklumat yang diberi. Bot bukan pengganti nasihat profesional (perubatan, guaman, kewangan). Untuk bisnes kesihatan, soalan klinikal dan mesej kecemasan diserahkan kepada manusia. Anda boleh ambil alih mana-mana perbualan pada bila-bila masa melalui papan pemuka.
6. Data anda
- Data customer dan perbualan bisnes anda adalah milik anda. Anda boleh muat turun senarai lead (CSV) pada bila-bila masa.
- Kami memproses data hanya untuk menyediakan perkhidmatan, menyelenggara dan memperbaikinya. Kami tidak menjual data anda.
- Kami boleh menggunakan data yang telah dibuang identiti (tidak boleh dikaitkan dengan individu atau bisnes) untuk memperbaiki perkhidmatan.
- Selepas akaun ditutup, data dipadam dalam tempoh 30 hari, kecuali yang perlu disimpan oleh undang-undang. Muat turun data anda sebelum menutup akaun.
- Butiran lanjut dalam Dasar Privasi.
7. Ketersediaan
Kami berusaha memastikan perkhidmatan berjalan 24 jam, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan. Perkhidmatan bergantung kepada pihak ketiga (Meta/WhatsApp, penyedia AI, penyedia server). Gangguan pada pihak ketiga boleh menjejaskan perkhidmatan.
8. Penggantungan dan penamatan
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini, dasar Meta/WhatsApp, atau undang-undang, atau yang tidak membayar yuran. Anda boleh menamatkan akaun pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.
9. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, SovereignFlow tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau kehilangan peluang perniagaan. Jumlah liabiliti kami terhad kepada yuran yang anda bayar dalam tempoh 3 bulan sebelum tuntutan.
10. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui email atau papan pemuka sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa.
11. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
12. Hubungi kami
Email: sovereignflow01@gmail.com
Terms of Service (English)
These terms govern your use of SovereignFlow (app.sovereignflow.my), an AI WhatsApp assistant and dashboard for businesses. By signing up or using the service you agree to them.
- Service. An AI assistant that replies to your customers on WhatsApp using the business information you provide, records leads, notifies you, and a dashboard for conversations and data. Built on Meta's WhatsApp Business Platform (Cloud API).
- Accounts and trial. You must be 18+ and authorised to act for the business. 14-day free trial with no charge; after it, the assistant stops replying until you choose to continue and pay. You are responsible for your credentials and account activity.
- Fees. Monthly fees per the plan shown on the Plan page; a one-time setup fee (if any) applies only if you continue after the trial. No long-term contract; cancel any time, effective at the end of the paid month. Payments are non-refundable unless required by law. Plans include a monthly reply quota. Meta's own messaging charges, where applicable, are separate and disclosed before they apply.
- Your responsibilities. Comply with the WhatsApp Business Policy and Malaysian law, including the Personal Data Protection Act 2010. Only message customers who contacted you or opted in. Keep the information you give the assistant accurate. No spam, fraud, or unlawful content.
- AI limitations. AI replies can be wrong. The assistant hands conversations to you when a question falls outside your information. It does not give professional (medical, legal, financial) advice. You can take over any conversation at any time.
- Your data. Your customer and conversation data belongs to you and can be exported (CSV) at any time. We process it only to provide, maintain and improve the service, and never sell it. We may use de-identified data to improve the service. Data is deleted within 30 days of account closure unless the law requires otherwise. See our Privacy Policy.
- Availability. We aim for 24/7 operation but do not guarantee uninterrupted service; it relies on third parties (Meta/WhatsApp, AI and hosting providers).
- Suspension and termination. We may suspend or end accounts that breach these terms, Meta/WhatsApp policies or the law, or that do not pay. You may close your account at any time by contacting us.
- Liability. To the extent permitted by law, we are not liable for indirect losses, lost profits or lost business. Our total liability is limited to the fees you paid in the 3 months before the claim.
- Changes. We may update these terms; material changes are notified by email or in the dashboard at least 14 days before they take effect.
- Law. These terms are governed by the laws of Malaysia.
- Contact. sovereignflow01@gmail.com